“Kemaik, kamah, ceridak,” – Netizen
“Bukan Main Bangga Gelar Diri Orang Sarawak,” Sampah Di Santubong Mengundang Kecaman. Seorang pengguna Facebook berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan kotor di sebuah taman rekreasi di Santubong.
Untuk menambahkan lagi kemaluan, pengguna tersebut bukan warga Sarawak tetapi seorang orang putih yang menetap di Malaysia. Bukan orang tempatan you, orang asing yang menegur sikap orang kita.

Biar gambar berbicara…
Perkongsian Tamas Kiss, pengguna tersebut, telah mengundang kecaman dari netizen kerana gambar-gambar terbabit jelas menunjukkan keadaan kotor di kawasan itu.
Anda boleh lihat keadaan taman itu di bawah:
Eww… Ceridak benar.
Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang membuang sampah itu kerana tidak mempunyai “nilai moral yang tak bertanggungjawab.”


“…Sedih nak kata tetapi budaya ini tak pernah berubah melainkan dewan bandaraya mengenakan saman seperti di Singapura.”

“Ini menunjukkan perangai mereka sebenar apabila di rumah. Sangat menjijikkan.”

“Nanti ada orang akan bersihkan. Kita bayar bah.” Mentaliti macam ini.”

“Saya bangga dengan negeri saya tapi saya sangat malu dengan corak pemikiran rakyat yang begini. Jijik. Bukan main bangga gelar diri orang Sarawak tetapi perangai macam ini.”
Malah, terdapat juga netizen berpendapat bahawa perkara ini berlaku kerana tiada pemantauan dari pihak berkuasa.

“Ia tempat awam dan tiada orang memantau. Perkara ini bukan luar biasa. Periksa sendiri kampung dan kawasan perumahan, bahkan rumah mereka juga dipenuhi sampah. Apa lagi nak diharapkan.”
Tamas Kiss juga memberikan pendapatnya sendiri mengenai perkara tersebut di mana beliau mencadangkan agar sekolah-sekolah harus dilibatkan agar nilai menjaga kebersihan ditanamkan dalam diri mereka sejak awal dan juga memberi teladan kepada ibu bapa mereka.

“Untuk menghentikan pembuangan sampah, sekolah harus melibatkan diri. Jika ia diwajibkan bagi pelajar sekolah untuk keluar sekali bulan dan mengutip sampah, maka mereka a) sudah pasti akan belajar untuk tidak sesuka hati membuang sampah dimerata-rata dan b) akan mengingatkan ibu bapa mereka untuk tidak berbuat demikian kerana mereka yang akan mengutip sampah berkenaan kelak. Seperti pelajar sekolah Jepun perlu membersihkan sekolah sendiri agar belajar untuk bertanggungjawab terhadap apa yang dimilik mereka.”
Jaga kebersihan masing-masing
Sekiranya anda berada di mana-mana tempat awam, tolong lah jaga kebersihan. Ia tak susah untuk membuang sampah dalam tong sampah yang disediakan.
Jika tiada tong sampah berhampiran anda, jangan pula membuang sampah tersebut sesuka hati. Simpan sampah itu dengan rapi dalam sebuah beg plastik sehingga anda terjumpa tong sampah seterusnya.
Pembersihan diri adalah tanggungjawab peribadi.
Bak kata pepatah, “KEBERSIHAN MENCERMINKAN PERWATAKAN INDIVIDU ITU SENDIRI.“