Borneo744

Apakah itu NBOS?

Apakah itu NBOS?

NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Blue Ocean Strategy, yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne, membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah.  

Apakah itu NBOS?

Ekonomi digital telah dikenalpasti sebagai salah satu enjin pertumbuhan yang dapat mengukuhkan ekonomi negara. Pada tahun 2016, menurut Jabatan Perangkaan, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 18.2% kepada KDNK Negara dan peratusan ini dijangka akan mencapai sasaran lebih 20% sebelum tahun 2020.

Kecenderungan perkembangan teknologi dan ekonomi, akan berdampak pada penyerapan tenaga kerja dan kualifikasi tenaga kerja yang diperlukan. Adalah diharap agar Borneo744 menjadi tempat tempat bekerja, makan dan bersukan bagi golongan muda, tenaga buruh ICT yang mahir dan usahawan digital yang mampu sebagai pemacu utama industri baru negara, menjadi fokus utama inisiatif NBOS ini.

Apakah itu NBOS?

Borneo744, Bandar Usahawan Lautan Biru (BOET) pertama akan menjadi hab tunggal untuk menjana pekerjaan dan membangunkan perniagaan pertumbuhan baru sambil memperkayakan komuniti melalui aktiviti kreatif dan artistik yang boleh diterjemahkan ke dalam usaha komersil yang berdaya maju.

 

Berperanan sebagai hab kreativiti dan inovasi, Borneo744 mempunyai tiga komponen, kawasan untuk menggalakkan keusahawanan, untuk perniagaan makanan, dan ruang untuk kegiatan sukan dan bersifat kemasyarakatan. Dengan adanya peluang dan idea boleh didapati di setiap blok, Borneo744 mempunyai ruang luar yang luas yang juga disediakan untuk usahawan / kegunaan masyarakat.

Untuk keterangan lanjut, hubungi +6082-283 744 atau layari bit.ly/NBOSB744.

 

Related posts
Borneo744

When Startups and Projects Fail

Borneo744

MaGIC Sarawak Co-Working Space: Work, Play, And Connect

Borneo744

Rethinking The Future for Sarawak’s Freelancers

Borneo744

Borneo744: For Entrepreneurship and The Creatives

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami