Borneo Samariang Resort Water Park Bakal Dibuka 31 Mac
Berita baik untuk orang Kuching! Taman tema air di Samariang akan dibuka hujung bulan Mac ini.


Menurut laporan dari The Borneo Post, Borneo Samariang Resort Water Park yang seluas 30 ekar ini merangkumi bermacam-macam tarikan untuk kanak-kanak seperti ‘Kids’ Slide’, ‘Aqua Play’, kolam renang, ‘Mount Mulu Clearwater River’ dan ‘Pizza Time’ di bahagian Hornbill Island.


Bagi dewasa pula, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Family Raft’, ‘Six-Lane Racer’, ‘Skydrop Ride’, ‘Crystal Slide’, ‘Galaxy Slide’, ‘Canopy Slide’ dan ‘Garden Terrace’ di bahagian Santubong Tower.
Para pelawat boleh juga menikmati kolam berombak buatan Salak Beach dan pulau hutan bakau di bahagian Salak Beach.
Video dari udara yang menunjukkan kawasan taman tema air:
https://www.facebook.com/sarawakedition/videos/556418461389714/
Borneo Samariang Resort Water Park merupakan salah satu komponen Borneo Samariang Resort City (BSRC), sebuah bandar resort bersepadu seluas 500 ekar yang direka bentuk untuk aktiviti riadah serta menawarkan pelbagai tarikan di satu lokasi di Kuching.
BSRC terletak berdekatan dengan Bandar Samariang dan Pasir Pandak, kira-kira 25 minit dari pusat bandar.
Borneo Samariang Water Theme Park
Waktu operasi:
Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat: 10:00 pagi – 6:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9:00 pagi – 6:00 petang
Tutup setiap hari Selasa, kecuali cuti sekolah dan cuti umum
Harga tiket:
Dewasa (13 – 59 tahun): RM38
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): RM28
Kanak-kanak di bawah 90 cm: Percuma
Warga emas (60 tahun ke atas): RM28
Baca liputan kami tentang BSRC di pautan ini:
Borneo Samariang Resort City Bakal Menjadi Tarikan Pelancongan Terbaru Di Sarawak