Paras air yang semakin meningkat mengakibatkan Bau-Kuching terputus hubungan.
Bau-Kuching Terputus Hubungan Kerana Banjir Dan Tanah Runtuh. Bandar Bau dan kebanyakan kawasan di DUN Tasik Biru terputus dari Kuching kerana banjir dan tanah runtuh, menurut ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep.
Dia memberitahu The Borneo Post pagi ini bahawa Bandar Bau terputus hubungan dari Kuching kerana banjir di persimpangan lampu isyarat ke Lundu serta di Kampung Grogo dan Tondong, dan juga banjir di Keranji di sepanjang Jalan Bau-Kuching.

Mereka yang ingin ke hospital menghadapi masalah besar
“Selepas Bandar Bau, bagi mereka yang ingin ke hospital, kami menghadapi masalah besar kerana paras air di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bandar Bau masih naik”.
“Pagi ini terdapat dua pesakit yang dalam perjalanan ke hospital tetapi terkandas kerana banjir sehingga mereka terpaksa meminta tentera membawa mereka ke seberang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Harry juga berkata banjir ini juga telah menyebabkan kawasan Jagoi, Kampung Serikin, Kampung Stass dan kampung Suba Buan dari Bandar Batu terputus hubungan.

Kampung Singgai Apar dan Kampung Segong, juga turut terputus akibat banjir dan tanah runtuh.
Dia bekata, mereka yang terjejas oleh banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan di kawasan yang lebih tinggi.