Ambil Dan Beri Barang Keperluan Secara Percuma Di Masjid Serian
Bagi sesiapa yang sedang menghadapi kesempitan wang dan perlukan barangan keperluan harian dialu-alukan ke Masjid Bahagian Serian untuk mendapat barang-barang keperluan secara percuma.
Masjid Bahagian Serian telah melancarkan Program Kongsi Rezeki di mana orang awam boleh mengambil barang-barang harian seperti beras, biskut dan kicap tanpa membayar apa-apa.
Orang ramai dialu-alukan menderma barang keperluan harian ke Masjid Bahagian Serian untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Mohd Amin Hj Dan di talian 013-8066262.
Berikut ialah post yang dikongsi oleh anak En Mohd Amin, Ainul Fatihah di timeline Facebook beliau:
https://www.facebook.com/ainnulfatihah/posts/1659921370715923
Bagi anda yang ingin mengetahui lokasi Masjid Daerah Serian, anda boleh lihat peta di bawah :
Baca lebih banyak cerita tempatan lagi : Our Local Story In Kuching