Sudahkah anda menderma darah?
4 Lokasi Derma Darah Di Kuching Minggu Ini (20-26 Julai 2020). Tahukah anda bahawa aktiviti pendermaan darah adalah baik untuk kesihatan anda? Bukan itu sahaja, setiap individu yang menderma darah mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa!
Dapat mengetahui status kesihatan secara ringkas
Dengan menderma darah, anda dapat mengetahui status kesihatan anda kerana individu yang bakal menderma akan menjalani pemeriksaan kesihatan ringkas terlebih dahulu.
Contoh pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan ialah seperti pemeriksaan tekanan darah, kumpulan darah, tahap kolesterol dan sebagainya.

Malah, semua pemeriksaan tersebut adalah percuma dan anda tidak perlu membuat temujanji bersama doktor pun!
Darah penderma juga akan ditapis terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada darah penderma mempunyai jangkitan virus atau tidak seperti virus HIV, hepatitis, serta penyakit kelamin.
Bagi anda yang berada di Kuching dan sekitarnya, jom semak lokasi derma darah minggu ini!
1. Mydin Petra Jaya (Aras Bawah)
Tarikh : 22 Julai 2020, Rabu (Hari Sarawak)
Masa : 10 pagi hingga 3 petang
Penganjur : Sukarelawan Jalanan
Peta lokasi :
2. Plaza Merdeka (Hadapan Cotton On)
Tarikh : 25 Julai 2020 (Sabtu)
Masa : 10 pagi hingga 3 petang
Penganjur : Blood Bank HUS
Peta lokasi :
3. Dewan Kuching Buddhist Society, Iris Garden, Jalan Laksamana Cheng Ho
Tarikh : 26 Julai 2020 (Ahad)
Masa : 9 pagi hingga 2 petang
Penganjur : Kuching Buddhist Society
Peta lokasi :
4. Pusat Beli Belah Boulevard (Hadapan Daiso)
Tarikh : 26 Julai 2020 (Ahad)
Masa : 9 pagi hingga 2 petang
Penganjur : Federation of Chinese Youth (FOCY)
Peta lokasi :

Selain daripada tarikh di atas, anda juga boleh terus berkunjung ke Pusat Bank Darah Hospital Umum Kuching. Pusat tersebut dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang termasuk waktu rehat tengah hari.
Tak perlu susah cari parkir! Pusat bank darah sememangnya menyediakan ruang parkir khas untuk penderma darah.
Selamatkan nyawa insan lain dengan menderma darah anda sekarang.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Blood Bank Hospital Umum Sarawak.