fbpx
More

    4 Gerai Padu Di Kubah Ria Kuching Yang Anda Mesti Cuba

    Berikut adalah antara gerai yang anda boleh cuba jika anda singgah ke kubah ria.

    4 Gerai Padu Di Kubah Ria Kuching Yang Anda Mesti Cuba. Tahukah anda bahawa Kubah Ria ini merupakan tempat makan kegemaran ramai penduduk tempatan di Kuching? Ini kerana di sini, terdapat banyak gerai yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang mantap.

    Ini adalah antara gerai yang anda boleh cuba jika anda berkunjung di Kubah Ria:

    4 Gerai Padu Di Kubah Ria Kuching Yang Anda Mesti Cuba
    4 Gerai Padu Di Kubah Ria Kuching Yang Anda Mesti Cuba. Kredit gambar: @NasiLemakGanja 

    1. Nasi Lemak Ganja (Gerai no 22)

    Bagi penggemar nasi lemak, anda perlu singgah ke gerai 22 nasi lemak ganja ini. Di sini juga terdapat lauk nasi lemak yang unik iaitu sambal paru daging.

    4 Gerai Padu Di Kubah Ria Kuching Yang Anda Mesti Cuba
    Kredit gambar: @NasiLemakGanja 

    Di samping itu, setiap menu nasi lemak di sini disajikan dengan ayam goreng berempah yang memang padu gais. Antara menu nasi lemak yang anda boleh cuba di sini ialah nasi lemak sotong, nasi lemak udang, nasi lemak paru, nasi lemak kari kambing dan pelbagai lagi menu yang mantap.

    Tunggu apa lagi, jom singgah ke nasi lemak ganja gerai no 22 untuk menikmati nasi lemak yang sememangnya sedap ini.

    4 Gerai Padu Di Kubah Ria Kuching Yang Anda Mesti Cuba
    Kredit gambar: @dietfitkuching

    2. Diet Fit (Gerai no 34)

    Diet Fit ini merupakan gerai makan di kubah ria yang menyajikan makanan yang sihat. Bagi mereka yang ingin diet, ini merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.

    Kredit gambar: @dietfitkuching

    Bukan sahaja menu yang disajikan sihat, tetapi rasa makanan di sini juga sedap gais. Siapa kata susah untuk cari makanan yang sihat dan sedap? Kami di sini akan membantu anda untuk mencari tempat makan yang paling sesuai untuk anda.

    Antara menu sihat yang anda boleh cuba di sini ialah, Asam pedas salmon Basmathi rice, chicken wraps, cauli rice with chicken meals, Manok Kicap Sambal Gesek dan pelbagai lagi menu yang menarik.

    Kredit gambar: Borneo Digital

    3. Nasi Kerabu Station (Gerai no 14)

    Bagi mereka yang masih lagi mencari di mana tempat yang paling sesuai untuk menikmati makanan kelantan, ini adalah antara tempat yang anda mesti cuba.

    Kredit gambar: Borneo Digital

    Nasi kukus ayam berempah di sini adalah menu yang anda perlu cuba kerana ayam yang dihidangkan dengan nasi kukus ini diperap dengan sempurna dan sambalnya yang pedas akan semestinya membuat anda datang kembali ke sini.

    Selain itu, pelbagai nasi kerabu dan menu lain yang anda boleh dapati di sini.

    Kredit gambar: Borneo Digital

    4. Tuah (Gerai no 16)

    Jika anda mencari gerai yang menyediakan pelbagai menu, inilah tempatnya. Daripada mi kolo, wantan sup, sup daging, pelbagai jenis mi goreng dan nasi goreng ada di sini.

    Kredit gambar: Borneo Digital

    Antara menu yang anda perlu cuba di sini ialah sup daging dan juga wantan supnya. Sekali cuba memang akan datang lagi. Harga makanan di sini juga amat berpatutan gais dengan makanan yang amat berbaloi.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan