4 Buffet Ramadhan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching
Masih tercari buffet ramadhan di Kuching? Dalam artikel ini kami sertakan 4 buffet ramadhan yang anda perlu cuba di Kuching.
Grand Margherita Hotel
Grand Margherita Hotel sememangnya terkenal dengan buffet ramadhan mereka yang padu setiap tahun. Buffet mereka tahun ini bertemakan Macam2 Ada Ramadhan Buffet yang menawarkan pelbagai pilihan makanan lokal dan juga antarabangsa. Buffet mereka telah bermula pada 6 Mei yang lepas dan akan berakhir pada 4 Jun nanti.
Riverside Majestic Hotel
Riverside Majestic Hotel menawarkan buffet ramadhan bertemakan Sungkei Ria Ramadhan Buffet di Puteri Wing dan Nightly Buffet Dinner di Astana Wing. Untuk Nightly Buffet Dinner, ianya bertempat di Sape Restaurant yang menawarkan pelbagai pilihan makanan beserta dengan pemandangan menarik Sungai Sarawak.
Al Yemen Restaurant
Al Yemen Restaurant yang terletak di Petrajaya merupakan sebuah restoran yang bertemakan makanan arab. Untuk bulan ramadhan 2019, mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan secara buffet. Sesuai bagi anda yang craving makanan arab untuk berbuka puasa.
Kopi O Corner
Kopi O Corner yang terletak di Satok sememangnya merupakan sebuah restoran yang legend di Bandaraya Kuching. Untuk bulan Ramadhan, mereka juga tidak ketinggalan untuk menyediakan buffet ramadhan buat pengunjung mereka. Banyak pilihan makanan yang disediakan untuk anda termasuk kuih muih tradisional.
Anda juga boleh menggunakan Aplikasi Sarawak Pay di kesemua restoran ini. Aplikasi Sarawak Pay merupakan dompet digital yang merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam mentransformasikan Sarawak ke arah dunia digital. Paling best sekali, anda boleh dapatkan ganjaran tunai setiap kali anda menggunakan Sarawak Pay untuk berbelanja!

Jadi, tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Sarawak Pay dan mulakan gaya hidup tanpa tunai anda.