fbpx
More

    3 Kawasan Yang Kini Mempunyai Akses Wifi Percuma Di Kuching

    3 Kawasan Yang Kini Mempunyai Akses Wifi Percuma Di Kuching

    Inisiatif daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara iaitu  DBKU Metropolitan Free Wifi menyediakan akses kepada internet secara percuma di beberapa kawasan di Bandaraya Kuching. Menurut laporan daripada The Star ,  Free Wifi 4 Rakyat yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak sempena Hari Bandaraya Kuching beberapa hari yang lepas kini boleh diakses dari kawasan Waterfront sehingga ke Padang Merdeka.

    3 Kawasan Yang Kini Mempunyai Akses Wifi Percuma Di Kuching

    Selain daripada 2 kawasan tersebut, Free Wifi 4 Rakyat ini juga dapat diakses di ICOM Square, Tower A1.

    Free Wifi 4 Rakyat ini disediakan oleh Syarikat PP Telecommunication Sdn Bhd yang beribu pejabat di ICOM Square, Kuching.

    3 Kawasan Yang Kini Mempunyai Akses Wifi Percuma Di Kuching

    Bagi anda yang ingin menggunakan Wifi ini di 3 kawasan tersebut, anda hanya perlu menghubungkan telefon bimbit/tablet/laptop anda ke Wifi yang ditetapkan kemudian anda akan di ‘redirect’ ke satu page khas dimana anda perlu mengisi maklumat anda.

    Setelah anda meletakkan maklumat yang diperlukan, anda boleh menggunakan wifi tersebut tanpa sebarang bayaran. Ianya hampir sama dengan cara menggunakan wifi percuma di lapangan terbang yang terdapat di Malaysia.

    3 Kawasan Yang Kini Mempunyai Akses Wifi Percuma Di Kuching

    Jika anda masih ingat, satu ketika dahulu terdapat juga inisiatif kampung tanpa wayar 1 malaysia. Entah apa yang sudah jadi padi inisiatif tersebut, tidak ramai yang mengetahuinya.

    Apa apa pun, semoga inisiatif Ra Fi – Free Wifi Untuk Rakyat ini berkekalan dan juga memudahkan kita semua.

    Terima Kasih Dewan Bandaraya Kuching Utara dan PP Telecommunication Sdn Bhd!

    Artikel Berkaitan