Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh K11.
3 Individu Positif COVID-19 Disahkan Telah Berkunjung Ke K11 ST3. 3 Individu yang didapati positif COVID-19 disahkan telah berkunjung di pusat karaoke K11 Simpang Tiga Shopping Mall di Kuching.
K11 Management Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa kes 1,118 berserta kontak rapat 1,119 dan 1,131 telah berkunjung di k11 Karaoke di Pusat Membeli Belah ST3.
Menurut K11 , 3 individu tersebut telah berkunjung di pusat karaoke tersebut pada 27 Disember 2020 daripada jam 2.40 petang hingga jam 6 petang di bilik 316.

K11 ST3 Shopping Mall akan ditutup buat sementara waktu
Sebagai langkah berjaga-jaga, pusat karaoke K11 ST3 Shopping Mall akan ditutup buat sementara waktu sehingga keputusan saringan COVID-19 pekerja-pekerja mereka diperolehi.
Aktiviti pembasmian kuman yang merangkumi sanitasi juga akan dilakukan di Cawangan K11 ini.
Pada masa yang sama, K11 juga telah menegaskan bahawa mereka telah mematuhi sepenuhnya operasi standard yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Kredit: DayakDaily