fbpx
More

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak

    Bario adalah sebuah daerah kecil yang mempunya keindahan semulajadi yang sangat menarik di Sarawak. Terletak di Kelabit Highlands, Bario adalah ‘home’ untuk suku kaum kelabit yang telah menetap di sini sejak berkurun lamanya.

    Untuk ke Bario, anda boleh menggunakan kapal terbang Twin Otter yang mengambil masa 45 minit dari Miri atau pun menggunakan jalan darat selama 14 jam ( menggunakan kenderaan pacuan 4 roda )

    Sekiranya anda ingin berkunjung ke Bario, menaiki kapal terbang adalah cara terbaik. Terdapat 3 penerbangan setiap hari disediakan dari Miri ke Bario. Dengan menaiki kapal terbang, anda akan berpeluang untuk melihat permandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan ke Bario.

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Gambar dari Sarawak Tourism Board

    Bagi anda yang ingin berkunjung ke Bario, ini 15 aktiviti yang anda boleh lakukan.

     

    1. Trekking Di Bario

    Aktiviti trekking adalah antara perkara yang paling best untuk dilakukan di Bario. Di bawah adalah 9 laluan yang paling popular.

    • Korea Hill Trek – Easy (10-15 minutes)
    • Prayer Mountain Trek – Medium to Hard (45-60 minutes)
    • Pineapple Farm Trek – Easy (10-15 minutes)
    • Penan Village Trek – Easy (20-30 minutes)
    • Bario Salt Factory Trek – Easy (15-20 minutes)
    • Pa Ukat Village Trek – Easy (15-30 minutes)
    • Pa Lungan Village Trek – Medium to Hard (4-5 hours)
    • Pulong Tau National Park Trek – Medium to Hard (3-5 Hours)
    • Bario to Bakelalan Trek – Hard (1-2 days)

    2. Lawat Kilang Garam Bario

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Gambar : Paul Liong

    Garam Bario adalah salah satu produk yang terkenal. Cara penghasilanya masih tradisional dan merupakan satu proses yang menarik.

    3. Lawat Rumah Panjang Kelabit

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Photo : James Graham

    Bario adalah kawasan yang didiami oleh suku kaum kelabit, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk anda melawat rumah panjang mereka. Ianya berbeza dengan rumah panjang suku kaum lain di Sarawak.

    4. Berbasikal di Bario

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Photo : Justlife Shop

    Berbasikal adalah salah satu cara terbaik untuk anda mengelilingi Bario. Dikelilingi dengan keindahan landskap semula jadi, dan juga tiada halangan trafik dari kenderaan seperti dibandar.

    5. Bird Watching di Bario

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Photo : Bario Reality Tourism

    Bario adalah hidden gem untuk penggemar ‘bird watching’ . Terdapat pelbagai jenis spesies burung di sekitar Bario dan kebanyakan burung burung ini adalah rare. Pastikan anda membawa teropong sekiranya anda berkunjung ke Bario.

    6. Rasai Pengalaman Kebudayaan Kelabit Di Bario

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Photo : LokaLocal

    Antara masa yang paling sesuai untuk berkunjung ke Bario adalah ketika Pesta Nukenen.

    Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Pesta Nukenen di sini : Pesta Nukenen Bario

    7. Lawat Perkampungan Penan di Bario

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Photo : The Bario Experience

    Sekiranya anda ingin melawat ke perkampungan penan di Bario, pastikan anda pergi bersama warga tempatan.

    8. Lawat Galeri Seni di Bario

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Photo : Mark Curtis Josem

    Galeri Seni ini dinamakan The Jungle Blue Dreams. Ianya adalah galeri seni dan juga homestay yang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang menetap di Bario. Sekiranya anda menetap di homestay mereka, anda akan dapat merasai pengalaman galeri seni mereka sekali.

    9. Nikmati Sunset Yang Terbaik Di Bario

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak

    Sekiranya anda ingin menikmati sunset di Bario, Bukit Korea adalah antara lokasi yang paling ideal. Bukit Korea terletak tidak terlalu jauh dari kawasan pekan utama dan hanya mengambil masa sekitar 10 minit untuk anda mendaki ke tempat tersebut.

    10. Semestinya Mencuba Makanan Kaum Kelabit

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Photo : Bario Food Festival

    Perkara paling best adalah peluang untuk merasai makanan suku kaum kelabit. Terdapat pelbagai jenis makanan yang anda boleh cuba, dan kebanyakan makanan mereka adalah makanan yang tidak menggunakan sebarang pengawet atau perasa tambahan.

    10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak
    Photo : Sarawak Tourism Board

    Jika anda ingin berkunjung ke Bario, pastikan anda merancang dengan betul terlebih dahulu.

    Anda juga boleh menggunakan servis agensi pelancongan seperti di bawah :

    ABC Tours

    HOB Tours & Travel

    Selamat bercuti dan kami harap 10 Aktiviti Menarik Jika Anda Berkunjung Ke Bario Sarawak ini bermanfaat untuk anda.

    Artikel Berkaitan